Nak Beli Rumah Subsale. Ini 5 Kos Tersembunyi.

beli rumah subsale


Kalau baru nak bertapak dalam dunia hartanah,atau mungkin korang dah lama berangan nak ada rumah impian?


Topik kali ni kita akan bincangkan berkaitan; nak beli rumah baru atau subsale?

Jom, kita selami lebih dalam tentang apa saja kos yang terlibat bila kita memutuskan untuk membeli rumah subsale.

Kebanyakan dari kita mungkin hanya tahu tentang harga jualan tapi tidak tentang kos-kos tersembunyi yang menanti.

Apa rumah subsales tu?

Mungkin ada yang tak tahu, secara asasnya, rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal.

Dalam bahasa yang lebih mudah, rumah subsale adalah rumah secondhand.

Jom kita tengok apa kos-kos yang terlibat kalau nak ambil rumah subsale ni.

Kos Booking dan Deposit


Langkah pertama dalam membeli rumah adalah booking fee. Bayangkan ini sebagai tanda serius anda dalam membeli rumah.

Biasanya, fee ini adalah 3.18% dari harga rumah. Jadi, kalau rumah idaman anda berharga RM500,000, anda perlu keluarkan RM15,900 untuk booking fee yang dibayar terus kepada ejen hartanah.

Ini hanya permulaan, tau!

Selepas itu, kita sampai ke deposit. Deposit ini biasanya 10% dari harga rumah. Untuk rumah yang sama tadi, itu bermakna RM50,000.

Namun, ingat! 3.18% yang anda bayar tadi sudah termasuk dalam 10% ini. Jadi, anda cuma perlu tambah lagi 6.82%, iaitu RM34,100 sahaja pada waktu anda sign Sale and Purchase Agreement (SPA).

Kos Biaya Peguam

kos bayar lawyer beli rumah

Tiada transaksi hartanah yang lengkap tanpa peguam. Peguam ini akan membantu anda dalam menguruskan dokumen dan memastikan semua berjalan lancar. Biaya untuk peguam boleh berubah-ubah mengikut nilai hartanah dan kompleksiti transaksi.

Contohnya, untuk rumah RM500,000, kos peguam boleh mencecah RM7,000 hingga RM8,000, tidak termasuk beberapa bayaran lain yang mungkin timbul.

Perkara ni bergantung pada guaman yang korang ambil.

Duti Setem dan Cukai Kerajaan


Kerajaan juga akan mengenakan duti setem pada transaksi jual beli hartanah. Ini adalah cukai yang dikenakan berdasarkan nilai hartanah atau harga yang ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Misalnya, jika LHDN menilai rumah anda bernilai RM600,000 walaupun anda beli pada harga RM500,000, duti setem akan dikira berdasarkan RM600,000.

Ini mungkin membawa kepada jumlah yang lebih tinggi daripada yang dijangka.

Kadang-kadang perkara ini berbeza sekiranya korang cari rumah pertama yang baru daripada developer. Boleh baca kat sini kalau nak tahu 5 Tips Beli Rumah Pertama.

Biaya Penilai Hartanah


Sebelum bank memberi pinjaman, mereka akan mahu nilai hartanah itu disahkan oleh seorang penilai.

Biaya untuk penilaian ini bergantung pada nilai hartanah. Untuk hartanah RM500,000, anda mungkin perlu bayar sekitar RM1,000 untuk laporan penilaian.

Ini penting untuk memastikan anda dan bank tahu nilai sebenar rumah yang akan dibeli.

Ada rumah yang dikatakan sudah buat renovation, tapi tidak mendapat kebenaran PBT, jadi jumlah itu tak akan di nilai sebagai harga rumah.

Kos Insurans MRTA dan MRTT


Insurans Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortgage Level Term Assurance (MLTT) adalah penting untuk melindungi anda dan pihak bank sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Biaya untuk insurans ini bergantung pada banyak faktor termasuk jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman. Ini adalah kos tambahan yang perlu diambil kira dalam bajet anda.

Setiap ini berbeza, mengikut umur, tempoh pinjaman, jenis rumah, dan lain-lain. Banyak perkara tau ambil kira.

Contohnya rumah berharga RM 405,000, anggaran kos dia dalam RM 26,000. Ini ada juga yang dimasukkan kedalam pinjaman.

RUmah 3 Bilik di Setapak
Beli rumah di setapak

Rumah Bermula RM 320,000

Kalau korang nak cari rumah dalam KL ada satu projek di Setapak yang boleh menjadi perhatian korang.
Nak tahu projek mana? Contact kami terus.

Kesimpulan Beli Rumah Subsale


Membeli rumah bukan sekadar memilih rumah dan membayar harga yang terpampang. Ia melibatkan pelbagai kos yang tidak ketara yang perlu difahami dan dijangka.

Jadi, sebelum anda melangkah lebih jauh, pastikan anda faham semua kos yang terlibat dan rancang kewangan anda dengan baik.

Ingat, membeli rumah mungkin adalah investasi terbesar dalam hidup anda. Jadi, ambil masa untuk belajar dan fahami setiap aspek yang terlibat. Ini bukan hanya tentang memiliki sebuah rumah, tetapi juga tentang memastikan anda dapat menikmati rumah tersebut tanpa tekanan kewangan yang tidak perlu.

Jadi, luangkan masa anda, buat kajian, dan tentukan pilihan yang bijak!

Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat ini dan berjaya dalam perjalanan membeli rumah pertama anda. Jangan lupa, ‘beli rumah’ bukan sekadar transaksi, ia adalah langkah ke arah masa depan yang lebih cerah dan stabil. Selamat maju jaya!

Skor kredit tu macam markah dalam report kad kau lah. Kalau tinggi, senang sikit nak dapat loan dengan interest murah. Jimat duit kau jangka panjang!

Fikir apa yang penting untuk kau – dekat kerja ke, sekolah anak-anak ke, atau nak kawasan yang selamat dan ada banyak kedai. Pastikan juga tempat tu ada potensi nilai hartanah naik nanti.

Kalau ‘Freehold’, rumah tu milik kau sampai bila-bila. ‘Leasehold’ pulak, ada tarikh luput, macam 99 tahun gitu. Lepas tu, kena renew. Pilih yang mana satu tergantung pada apa plan kau untuk masa depan.

Biasanya, bank minta kau letak 10% hingga 20% dari harga rumah. Makin banyak kau letak, makin kurang la pulak loan kau nanti.

Rumah baru, segala benda fresh dan kau boleh pilih nak decor macam mana. Tapi, kadang rega boleh jadi lebih tinggi. Rumah lama mungkin lebih murah, tapi mungkin perlukan touch-up sikit-sikit.

Try lah cari seminar pasal beli rumah atau jumpa dengan penasihat kewangan. Bank atau agensi hartanah pun selalu ada tips dan info.

Ramai dah sifu-sifu kat luar sana.

Semak latar belakang penjual dan pastikan semua dokumen rumah tu clear dan sah. Gunakan lawyer yang boleh dipercayai untuk deal semua hal jual beli, dan jangan lupa check rumah tu sendiri supaya takde masalah besar tersembunyi.

Penafian: Maklumat yang diberikan adalah semata-mata untuk tujuan maklumat am. rumah.homes tidak bertanggungjawab untuk memberikan jaminan atau perwakilan mengenai kesesuaian atau ketepatan maklumat untuk sebarang tujuan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa kandungan maklumat dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai, dan komprehensif pada masa penulisan. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak patut dijadikan sebagai dasar bagi sebarang keputusan kewangan, pelaburan, hartanah, atau undang-undang. Selanjutnya, maklumat ini juga tidak bertujuan menggantikan nasihat daripada profesional yang berkelayakan yang mempertimbangkan keadaan peribadi anda. Kami tidak mengambil sebarang tanggungjawab atas penggunaan maklumat ini dalam pembuatan keputusan anda.

Rujukan: Youtube Financial Faiz

Similar Posts

Leave a Reply