Freehold vs Leasehold vs Lelong – Mana Lebih Baik untuk Pembeli Rumah Pertama?

Freehold vs Leasehold vs Lelong ; Pernah tak korang terfikir nak beli rumah tapi tak tahu nak mula dari mana?
Kalau korang tengah cari rumah pertama, mesti banyak istilah yang membuatkan kepala pening—antara yang paling kerap dengar adalah freehold, leasehold, dan lelong.
Samalah penulis pun. Susah pulak nak faham, lagi-lagi kita tak biasa dengan jargon word atau terms-terms teknikal ni. Right?
Jadi, apa beza semua ni dan mana satu pilihan yang terbaik untuk korang yang berkeluarga atau baru berkahwin, sambil menjalani kehidupan sibuk di Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya? Jom kita kupas satu-satu!
Kenapa di panggil Freehold vs Leasehold vs Lelong?
Nama merujuk kepada tiga jenis utama hak milik atau cara memiliki hartanah di Malaysia yang biasanya dibandingkan oleh pembeli hartanah ketika mereka mempertimbangkan untuk membeli rumah.
Istilah-istilah ini menandakan jenis kepemilikan dan proses jual beli yang berbeza.
Apa Itu Freehold?
Freehold, atau dalam Bahasa Melayu, hak milik kekal, membolehkan korang memiliki tanah atau hartanah tersebut tanpa had masa.
Ini bermakna, sekali korang dah beli, rumah itu milik korang sampai bila-bila. Tidak perlu risau pasal perlu memperbaharui hak milik atau apa-apa fee tambahan selepas pembelian.
Kelebihan Freehold:
- Kestabilan: Hak milik kekal memberi kestabilan dan ketenangan minda.
- Tiada Had Waktu: Milik kekal tanpa perlu memikirkan tentang pembaharuan pajakan.
- Kawalan Penuh: Korang boleh ubah suai rumah ikut suka hati, nak tambah bilik atau renovate dapur pun no hal. ( sesetengah tu kena report PBT)
Kekurangan Freehold:
- Kos Lebih Tinggi: Biasanya, harga hartanah freehold lebih mahal berbanding leasehold.
- Susah Dijual: Kadang-kala, kerana harga yang lebih tinggi, hartanah jenis ini mungkin lebih susah untuk dijual semula.
Apa Itu Leasehold?
Leasehold, sebaliknya, adalah hak milik yang terhad masa. Paling umum di Malaysia adalah antara 30 hingga 99 tahun.
Selepas tempoh itu, hak milik kena diperbaharui. Rumah jenis ini lebih biasa ditemui dalam komuniti terancang atau projek-projek pembangunan baru.
Kelebihan Leasehold:
- Harga Permulaan Rendah: Berbanding dengan freehold, hartanah leasehold lebih murah, menjadikannya pilihan yang baik bagi yang berpendapatan sederhana.
- Pelbagai Pilihan: Banyak pilihan projek baru yang menarik di kawasan strategik.
Kekurangan Leasehold:
- Pembaharuan Pajakan: Perlukan perbaharui pajakan yang mungkin melibatkan kos yang tidak kecil.
- Sekatan: Ada sekatan dalam perjanjian, contohnya dalam hal penjualan atau pengubahsuaian hartanah.
Rumah Bermula RM 320,000
Kalau korang nak cari rumah dalam KL ada satu projek di Setapak yang boleh menjadi perhatian korang.
Nak tahu projek mana? Contact kami terus.
Mengenal Hartanah Lelong
Hartanah lelong, atau auction, adalah cara lain untuk mendapatkan rumah, di mana hartanah tersebut dijual dalam lelongan umum, biasanya kerana pemilik asal tidak mampu melunaskan pinjaman.
Ini mungkin peluang untuk dapatkan hartanah dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran.
Kelebihan Hartanah Lelong:
- Harga Berpatutan: Sering kali, harga lelongan adalah jauh lebih rendah dari nilai pasaran sebenar.
- Proses Cepat: Jika korang dah siap dengan kewangan, pembelian boleh diselesaikan dengan cepat.
Risiko Hartanah Lelong:
- Kurang Maklumat: Selalunya, susah untuk dapat maklumat lengkap tentang keadaan sebenar hartanah.
- Isu Legal: Hartanah tersebut mungkin datang dengan beban hutang atau isu-isu legal yang belum selesai.
Kita ringkaskan jelah dalam bentuk jadual.
| Jenis Hak Milik | Kelebihan | Kekurangan |
|---|---|---|
| Freehold | – Milik tanah kekal | – Harga biasanya lebih tinggi berbanding leasehold |
| – Tiada had tempoh | – Kadang-kala sukar untuk dijual semula | |
| – Kontrol penuh terhadap tanah dan bangunan | – Cukai hartanah mungkin lebih tinggi | |
| Leasehold | – Harga permulaan yang lebih rendah | – Perlu diperbaharui selepas tempoh tertentu |
| – Seringkali terletak di lokasi strategik | – Sekatan dalam penggunaan dan pembangunan | |
| – Biasanya ada kemudahan terancang | – Proses pembaharuan boleh jadi rumit dan mahal | |
| Lelong | – Harga boleh jadi jauh lebih rendah daripada pasaran | – Risiko tinggi kerana kurang maklumat |
| – Peluang untuk pelaburan yang menguntungkan | – Hartanah mungkin memerlukan banyak pembaikan | |
| – Proses pembelian yang cepat | – Mungkin ada masalah legal yang belum selesai |
Mana Satu Pilihan Yang Terbaik?

Pilihan antara freehold, leasehold, dan lelong sangat bergantung pada situasi kewangan dan keperluan korang. Kalau korang cari kestabilan dan kawalan penuh, freehold mungkin jawapannya.
Untuk mereka yang berpendapatan sederhana dan mencari lokasi strategik, leasehold boleh jadi pilihan yang terbaik. Kalau korang orang yang suka cabaran dan mencari deal terbaik, jangan lupa check out rumah lelong..
Tips Memilih Rumah Pertama
- Kenal Pasti Matlamat: Fahami apa yang paling penting bagi keluarga korang—adakah itu lokasi, saiz, atau mungkin kos?
- Bajet: Tentukan bajet korang dan stick to it. Ingat, beli rumah bukan sahaja tentang harga beli, tapi juga kos penyelenggaraan.
- Rancang Masa Depan: Pikirkan jangka panjang. Macam mana korang lihat keluarga korang berkembang? Hartanah jenis apa yang akan memenuhi keperluan itu?
Untuk tips beli rumah pertama ni, korang boleh baca kat 5 Tips Beli Rumah Pertama.
Pembelian rumah merupakan langkah besar dalam kehidupan, jadi jangan terburu-buru. Ambil masa untuk fikirkan pilihan yang ada dan selalu lakukan kajian sebelum membuat keputusan.
Nak tahu lebih lanjut tentang cara beli rumah? Jangan lupa ikuti dan share artikel ini!
Dengan panduan yang tepat dan pengetahuan yang cukup, korang pasti dapat membuat pilihan yang terbaik. Selamat berjaya mencari rumah idaman!
Penafian: Maklumat yang diberikan adalah semata-mata untuk tujuan maklumat am. rumah.homes tidak bertanggungjawab untuk memberikan jaminan atau perwakilan mengenai kesesuaian atau ketepatan maklumat untuk sebarang tujuan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa kandungan maklumat dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai, dan komprehensif pada masa penulisan. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak patut dijadikan sebagai dasar bagi sebarang keputusan kewangan, pelaburan, hartanah, atau undang-undang. Selanjutnya, maklumat ini juga tidak bertujuan menggantikan nasihat daripada profesional yang berkelayakan yang mempertimbangkan keadaan peribadi anda. Kami tidak mengambil sebarang tanggungjawab atas penggunaan maklumat ini dalam pembuatan keputusan anda.
Follow Facebook Rumah.Homes

One Comment